ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Pontian Lama, dekat sini kira-kira jam 1.50 tengah hari Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, mangsa berusia 33 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Jelasnya, kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu.
Katanya, mangsa yang memandu Toyota Vios berwarna hitam telah hilang kawalan dan berpusing semasa melalui selekoh di jalan tersebut sehingga masuk ke laluan bertentangan.
"Kereta dipandu mangsa itu telah dirempuh oleh lori yang datang dari arah bertentangan. Sebuah lagi kereta Toyota Vios berwarna coklat tidak sempat brek lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.
"Mangsa yang merupakan seorang wanita warganegara tempatan disahkan maut di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ibrahim berkata, dua mangsa lain terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini, boleh salurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Hafizuddin Hamdan di talian 018- 5779391 atau boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 17 2024
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri. - Foto PDRM
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Pemandu wanita maut nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri pada Selasa.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama
Mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir
Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.
Wanita maut, empat rakan cedera kereta jatuh gaung
Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, pada petang Ahad.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Wanita maut kemalangan di Sekincan
Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dan empat penumpang lain hilang kawalan dan melanggar struktur penutup longkang simen.
Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di Bukit Gambir
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Wanita maut dalam kebakaran tiga rumah
Mayat wanita berusia 49 tahun itu ditemui ditemui jam 10.05 malam, pada Jumaat.